NEGARA

Sulaiman Pemangku Pengerusi FGV

Sulaiman Pemangku Pengerusi FGV

Najib bergambar dengan penerima-penerima program Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Selasih di Presint 17, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang bersetuju melepaskan jawatan dengan rela hati.

Pelantikan dan peletakan jawatan kedua-dua tokoh itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

Bagi menghargai peranan Isa, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bekas Pengerusi FGV berkenaan dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengisi kekosongan selepas Tan Sri Syed Hamid Albar tamat kontrak baru-baru ini.

Peletakan dan pelantikan jawatan kedua-dua tokoh ber­kenaan berkuat kuasa serta-merta.

Najib memberitahu, sebelum keputusan tersebut, beliau telah menemui Isa, 68, dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bagi membincangkan secara mendalam mengenai masa depan FGV dan peranan Isa.

“Isa dengan rela hati bersetuju melepaskan jawatan Pengerusi FGV. Bagi menghargai sumbangan Isa, saya bersetuju melantik beliau sebagai Pemangku Pengerusi SPAD,” kata Najib selepas majlis Serah Kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih di Presint 17 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kallas buatan anak tempatan

PROJEK penggantian kubah dan kallas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini siap sepenuhnya awal tahun ini.

Process time in ms: 31