TERKINI

Bomba selamatkan anak kucing comel dari bumbung kedai

Bomba selamatkan anak kucing comel dari bumbung kedai

19/06/2017 3:41pm

Bomba menyelamatkan anak kucing atas bumbung kedai.


SRI AMAN - Seekor anak kucing comel yang terperangkap di atas bumbung sebuah kedai di sini berjaya diselamatkan oleh bomba selepas haiwan itu dikatakan ketakutan untuk turun dari premis tersebut hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pemilik kucing berkenaan pada pukul 1.25 petang.

Menurutnya, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor kucing masih berada di atas bumbung sebuah kedai di situ.

"Anggota bomba kemudian segera meletakkan tangga di tepi kedai berkenaan untuk naik ke atas bumbung bagi membawa kucing itu turun.

"Anak kucing comel itu kemudiannya berjaya diselamatkan dan hasil pemeriksaan dijalankan tiada sebarang kecederaan pada haiwan itu sebelum diserahkan kepada pemiliknya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE

Process time in ms: 31