TERKINI

1,400 peserta meriahkan QuranHour di Melaka

1,400 peserta meriahkan QuranHour di Melaka

19/06/2017 1:52pm


Beberapa pelajar tahfiz di Melaka menyertai QuranHour hari ini.


MELAKA - Kira-kira 1,400 peserta daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur menjayakan #QuranHour peringkat negeri yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Kesemua peserta terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah rendah dan menengah, guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Melaka.

Terdahulu, majlis bacaan khatam al-Quran secara beramai-ramai itu didahului dengan solat dhuha, tadarus al-Quran serta sesi ceramah tadabbur al-Quran pada pukul 9 pagi.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran kemudian dimulakan pada pukul 12 tengah hari yang dipimpin oleh Imam Besar Masjlid Al-Azim, Datuk Mohamad Hashim.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin; Mufti Kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil; Pengarah JAIM, Md. Azahan Samat dan Setiausaha MAIM, Ikram Ibrahim yang bersama-sama membaca al-Quran pada majlis tersebut. - K! ONLINE

Process time in ms: 32