TERKINI

Lebih 500 majikan ditahan upah PATI dalam enam bulan pertama tahun ini

Lebih 500 majikan ditahan upah PATI dalam enam bulan pertama tahun ini

19/06/2017 10:48am


Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen telah menahan seramai 566 majikan kerana mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata, mereka ditahan atas kesalahan melindungi serta menggaji PATI mengikut Seksyen 56 (1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam tempoh yang sama, seramai 19,968 PATI yang melakukan pelbagai kesalahan turut ditahan.

Katanya, daripada jumlah itu, warganegara Indonesia dan Bangladesh adalah jumlah tertinggi iaitu masing-masing 7,490 orang dan 4,065 orang.

Selain dikenakan hukuman, katanya, aset majikan juga boleh dibekukan sekiranya didapati bersalah.

"Trend sekarang ialah majikan ambil PATI bekerja kerana mereka boleh bayar gaji lebih murah berbanding orang tempatan...ini kerana mereka hanya fikirkan keuntungan," katanya kepada Bernama baru-baru ini. - Bernama

Process time in ms: 32