NEGARA

Polis tembak mati 2 penjenayah

Polis tembak mati 2 penjenayah


MAZLAN (dua dari kanan) dan pegawainya menunjukkan pistol dan senjata yang dirampas daripada dua penjenayah yang mati ditembak di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis menembak mati dua lelaki tempatan yang terlibat dalam kegiatan curi kabel tembaga menerusi Ops Rantau di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang sedang melakukan rondaan di kawasan pembinaan perumahan baharu di Bandar Baru Sentul sebelum mengesan dua buah kereta jenis Proton Waja berada dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari kehadiran pihak polis, suspek bertindak melarikan diri menaiki kereta masing-masing sebelum berpecah ke kiri dan kanan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Bandar Baru Sentul.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan D9 yang mengejar kereta yang dinaiki suspek juga berpecah mengikut haluan suspek.

Katanya, sebuah kereta anggota D9 berjaya memintas sebuah kereta yang dinaiki suspek di hadapan masjid, namun suspek bertindak melanggar kereta polis untuk melarikan diri.

“Selain melanggar, suspek berusia 46 tahun itu juga melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis dan untuk mempertahankan diri polis turut melepaskan tembakan.

“Selepas beberapa minit, kita membuat pemeriksaan mendapati suspek mati dalam kereta yang dinaikinya selepas beberapa das tembakan yang dilepaskan pihak polis mengenai anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Segambut di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 32