KOMUNITI KITA

40 ahli MAOC Perak bagi sumbangan di rumah amal

40 ahli MAOC Perak bagi sumbangan di rumah amal


SEBAHAGIAN ahli MAOC negeri Perak bergambar bersama anak-anak yatim di Rumah Anak- Anak Yatim Bait Al-Amin, Kampung Tengah, Parit baru-baru ini.


AMAL. Kira-kira 40 ahli My Alza Owner’s Club (MAOC) Perak menyertai Konvoi Sumbangan Ramadan 2017 di Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar dan Rumah Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin, Kampung Tengah, Parit, Perak baru-baru ini.

Pelbagai jenis sumbangan telah diserahkan oleh ahli-ahli MAOC kepada penghuni rumah amal dan anak-anak yatim tersebut.

Program anjuran MAOC Perak itu bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Process time in ms: 31