KOMUNITI KITA

DPUKM rai anak yatim, asnaf, ibu tunggal berbuka puasa

DPUKM rai anak yatim, asnaf, ibu tunggal berbuka puasa


ABU HASAN (berdiri empat dari kiri) bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis berbuka puasa anjuran DPUKM di Hotel Premiera, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Kira-kira 200 orang anak yatim, golongan asnaf termasuk 20 ibu tunggal diraikan pada majlis berbuka puasa di Hotel Premiera, Kuala Lumpur anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Abu Hasan Mohd. Nor berkata, majlis tersebut bertujuan meraikan dan berkongsi kegembiraan buat mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Abu Hasan menambah, antara sekolah yang menerima sumbangan berbentuk duit raya dan kelengkapan raya adalah Sekolah Asnaf Lembah Keramat, Sekolah Darul Tahfiz Syazua, Sekolah Tahfiz Darul Ulama dan Sekolah Rahoma Darul Fakir.

Process time in ms: 31