KOMUNITI KITA

Surau At-Taqwa, BKUM edar 700 bekas bubur lambuk

Surau At-Taqwa, BKUM edar 700 bekas bubur lambuk


Sebahagian daripada petugas yang menjayakan Program Bubur Lambuk anjuran bersama Surau At-Taqwa dan BKUM di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.


SILATURAHIM. Seramai 50 orang petugas terlibat dalam Program Bubur Lambuk anjuran bersama Surau At-Taqwa dan Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Pada program itu, sebanyak 700 bekas bubur lambuk diagihkan kepada 300 kakitangan di Kompleks Sri Utusan.

Pengerusi surau, Abd. Hadi Ismail berkata, program itu diharap dapat merapatkan silaturahim antara kakitangan Kompleks Sri Utusan dan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB).

Process time in ms: 78