AURA JUITA

Sparkle Diamond minuman berkhasiat, tingkat kesihatan

Sparkle Diamond minuman berkhasiat, tingkat kesihatan


Nur Furyna menunjukkan produk Sparkle Diamond yang sesuai diamalkan golongan wanita.


EKORAN tuntutan kerjaya dan aktiviti harian yang sibuk ditambah dengan masa yang terhad, seseorang memerlukan sumber tenaga yang lebih konsisten bagi memastikan segala urusan tidak tergendala.

Disebabkan hal tersebut, aspek kesihatan, kecantikan dalaman dan luaran seseorang pada masa kini dilihat semakin terabai dan kurang menjadi tumpuan utama khususnya dalam kalangan wanita.

Menyedari perihal tersebut, syarikat pengeluar dan pengedar produk kesihatan bumiputera, Aurawhite Global Sdn. Bhd. (Aurawhite) tampil dengan produk yang mendapat permintaan laris dalam kalangan pengguna, Sparkle Diamond Powder.

Pengasas Aurawhite, Datin Nur Furyna Mohd. Azmir berkata, Sparkle Diamond merupakan minuman kecantikan khas untuk tiga generasi supaya terpancar kecantikan sebenar menerusi pencerahan berganda selain memberikan anda tenaga tambahan bagi kesihatan seseorang.

“Sparkle Diamond ini dirumus daripada campuran ekstrak buah-buahan berkualiti seperti strawberi, tomato, epal, roselle, lemon, betik, sarang burung dan banyak lagi yang dirumus dalam bentuk serbuk.

“Rasanya sungguh sedap dan ia juga bertindak memberi penyerapan sempurna kepada kulit. Hasilnya menjadikan kulit lebih gebu, cerah, lembab selain memberikan tenaga ekstra kepada pengguna,” katanya kepada Aura Juita ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Nur Furyna, Sparkle Diamond merupakan serbuk minuman kesihatan yang sesuai diambil oleh semua golongan baik lelaki mahupun wanita dan sesuai diamalkan mereka seawal umur 16 tahun tanpa mengira jenis kulit.

Diformulasi dengan aplikasi teknologi canggih dari Jepun yang menggabungkan pelbagai bahan semula jadi berkhasiat, ia bertindak tiga kali ganda bagi mencerahkan kulit, membaiki struktur kulit akibat jerawat, pigmentasi, kulit kusam, kering dan kasar.

“Bukan itu sahaja, Sparkle Diamond juga bertindak membantu kecantikan kuku dan rambut seseorang terutama bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur dan berminyak tidak kurang juga yang mempunyai masalah kuku mudah patah dan kering.

“Menariknya, minuman berkhasiat ini juga berperanan membantu meningkatkan kalsium yang diperlukan tubuh badan seseorang dengan menjadikan tulang lebih kuat dan sihat,” ujarnya.

Jelas Nur Furyna lagi, ia juga sesuai diamalkan bagi ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak. Ia amat sesuai kerana kandungan khasiat yang tinggi selain membantu menyalurkan nutrisi secara terus kepada bayi di dalam kandungan selain menggalakkan pemprosesan susu yang banyak.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk keluaran Aurawhite kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP),” ujarnya yang menyatakan Sparkle Diamond dirumus 100 peratus daripada bahan semula jadi tanpa gula tambahan dan bahan kimia.

Dijual pada harga RM180 (Semenanjung Malaysia) dan RM190 (Sabah dan Sarawak), pengguna boleh membuat pembelian di semua toko jamu seluruh negara termasuk menerusi kaedah online.

Dengan setiap pembelian Sparkle Diamond juga, pembeli akan membawa pulang shaker (penggoncang) dan sabun pemutih secara percuma. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.aurawhite2u.com

Process time in ms: 31