AURA JUITA

Wajah berseri di Aidilfitri dengan Jelita Make-up Set 4 Dalam 1

Wajah berseri di Aidilfitri dengan Jelita Make-up Set 4 Dalam 1


Set solekan ini mudah untuk digayakan oleh pengguna.


Setiap wanita pastinya ingin tampil menawan terutamanya pada sambutan Aidilftri. Satu daripada perkara wajib yang akan dilakukan oleh mereka sudah tentu bersolek. Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, bersolek merupakan cara yang sering dilakukan golongan wanita untuk tampak menawan serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

“Saya percaya golongan wanita akan melakukan rutin tersebut di pagi Aidilfitri. Solekan secara sederhana menjadikan wajah wanita cukup manis untuk dipandang, apatah lagi apabila mereka mengenakan busana tradisional khusus untuk meraikan Aidilfitri.

“Sehubungan itu, Jamu Jelita menawarkan Jelita Make-up Set 4 Dalam 1 yang boleh digunakan golongan wanita pada hari raya nanti. Ia sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Siti Maryam, keadaan kulit yang sensitif dan berminyak itu merupakan masalah yang sering dihadapi oleh wanita Malaysia ekoran iklim panas di negara ini.

Katanya, keadaan tersebut menjadikan solekan yang tebal tidak sesuai digayakan oleh wanita kerana ia menjadikan wajah mereka kelihatan bercapuk-capuk.

“Jelita Make-up Set 4 Dalam 1 merupakan antara produk kami yang cukup laris di pasaran. Ia telah dirumus bagi memastikan solekan di wajah menggunakannya tahan lama, malah pengguna tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mengenakannya.

“Empat produk didatangkan dalam set solekan itu. Satu daripadanya ialah Pearl Whitening Magic Foundation yang berharga RM26.90 di Semenanjung Malaysia dan RM28.90 di Sabah dan Sarawak.

“Ia merupakan krim pencerahan dan turut berfungsi sebagai asas solekan, selain berperanan melindungi kulit pengguna daripada sinar ultraungu (UV) serta memberikan kesan gebu pada kulit wajah,” katanya.

Menurut Siti Maryam, ia boleh dipakai bersama set solekan tersebut ialah Glow Treatment Powder yang berharga RM26.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM28.90 (Sabah dan Sarawak).

Katanya, ia bukan sahaja berperanan membantu pengguna mendapatkan kulit yang cerah dan gebu, malah turut melindungi kulit daripada sinar UV.

“Ia sesuai digunakan oleh pengguna yang mempunyai masalah kulit seperti berjerawat kerana dipercayai mampu mengecutkannya, selain mengurangkan kesan parut, membantu mengatasi kulit berminyak serta sesuai digunakan oleh mereka yang berhadapan masalah kulit sensitif.


Jelita Make-up Set 4 Dalam 1 menaikkan seri wajah pengguna.


“Jelita Make-up Set 4 Dalam 1 juga mengandungi Celak Balqis yang turut dijual secara berasingan pada harga RM14.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM16.90 (Sabah dan Sarawak).

“Celak itu didatanggkan dengan warna hitam pekat. Ia mudah untuk digunakan, malah mata mereka yang mengenakannya akan tampak lebih galak,” katanya.

Beliau berkata, produk ketiga dalam set solekan itu ialah Gincu Mungil yang dijual pada harga RM21.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM23.90 (Sabah dan Sarawak).

Menariknya, menurut Siti Maryam, warna gincu tersebut adalah mengikut warna darah pengguna dan ia berfungsi melembap, mencerah serta melindungi bibir daripada masalah kehitaman.

“Volumaxx Mascara pula dijual pada harga RM18.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM20.90 (Sabah dan Sarawak). Ia membantu melentikkan bulu mata dan menjadikan bulu mata tampak lebih panjang,” katanya.

Tambah beliau, Jelita Make-up Set 4 Dalam 1 adalah mesra wuduk dan mudah ditanggalkan tanpa menampakkan kesan capuk pada wajah pengguna.

“Produk itu juga tidak akan menyebabkan liang pori pada wajah tersumbat.

“Ia juga tahan lama walaupun digunakan pada kulit berminyak dan berpeluh. Pengguna cuma perlu mencuci muka dengan air dan pencuci wajah.

“Harganya adalah berpatutan iaitu dijual pada harga RM60 (Semenanjung Malaysia) dan RM62 (Sabah dan Sarawak),” katanya.

Process time in ms: 47