VARIA

Daging purba taruhan Hotel Le Meridien

Daging purba taruhan Hotel Le Meridien


BUDIMAN menunjukkan daging bakar yang diperap dengan ramuan istimewa lebih 10 jam.


Hotel Le Meridien Kuala Lumpur menawarkan lebih 20 menu autentik cita rasa warisan desa selain hidangan tradisional India, Cina dan Jepun sepanjang Ramadan ini.

“Hidangan signatur kami ialah daging purba, kambing bakar, acar ikan masin dan kuah lemak kepiting bunga kantan yang resipinya adalah turun-temurun.

“Daging purba ini merupakan daging pada bahagian sendi paha yang dicincang sebelum diperap melebihi 10 jam.

“Ia kemudian ditampal semula pada bahagian sendi itu sebelum dibakar bagi menaikkan lagi aroma rempah tersebut,” ujar Ketua Cef Hotel Le Meridien, Budiman Bistari kepada Kosmo! baru-baru ini.

Selain itu, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur turut menyediakan lauk-pauk pelengkap seperti kerabu, rendang ayam pencen, gulai lemak merah dan asam pedas.

Lebih istimewa, pengunjung disajikan dengan makanan ringan seperti pisang goreng yang enak dicicah bersama madu dan aiskrim Turki.

Sementara itu, makanan tradisi Jepun seperti teppanyaki, tempura dan sashimi turut disediakan. Bagi mengakhiri iftar, terdapat lebih 30 sajian pencuci mulut seperti putu piring, kuih bangkit dan talam serta aneka jenis kek.

Process time in ms: 16