INFINITI

Helikopter dwifungsi di darat, udara

Helikopter dwifungsi di darat, udara


BREZINA bersama GynoDrive yang mampu bergerak di darat dan meluncur di udara.


SEPERTI kapal terbang, helikopter lazim digunakan oleh pasukan keselamatan atau syarikat penerbangan sebagai alat pengangkutan udara.

Bagaimanapun, seorang juruterbang dari Republik Czech, Pavel Brezina mencipta kelainan tersendiri apabila mencipta helikopter yang mampu bergerak di atas jalan raya.

Dikenali sebagai GynoDrive, helikopter mini itu memerlukan kurang daripada 100 meter untuk berlepas ke udara dan mampu bergerak pada kelajuan maksimum 180 kilometer sejam (km/j).

Menariknya, ia merupakan satu-satunya helikopter yang dibenarkan berada di darat dan udara serentak oleh pihak berkuasa Republik Czech.

"Semua orang mahu menghasilkan kereta yang mampu terbang tetapi ciptaan ini adalah sebaliknya," kata Benzina kepada AFP di Lapangan Terbang Prerov-Bochor di republik itu baru-baru ini.


GynoDrive mampu terbang pada kelajuan maksimum 180km/j.


Menerusi syarikatnya, Nirvana Systems, GynoDrive ciptaannya dilengkapi sistem yang membenarkan juruterbang menggunakan enjin petrol untuk menggerakkan rotor kipas atau enjin elektrik ketika bergerak menggunakan roda.

Mempunyai kapasiti dua penumpang, helikopter mini itu mampu dipandu sehingga 40 km/j di atas jalan raya sekali gus membolehkan krew melakukan pemanduan singkat untuk ke stesen minyak atau hotel.

Menurut Brezina, dia memulakan projek itu tiga tahun lalu dan berjaya melakukan penerbangan pertama sejauh 230 kilometer.

"Sebaik berada di darat, kipasnya perlu dilipat terlebih dahulu sebelum dipasang nombor plat seperti kenderaan lain bagi membolehkan ia bergerak di atas jalan raya.

"Saya berharap untuk mengembangkan idea bagi membolehkan lebih ramai individu berpeluang menjelajah ruang darat dan udara tanpa batasan," katanya.

Process time in ms: 15