GENK

Rakan serumah bersikap bermuka-muka

Rakan serumah bersikap bermuka-muka


SIKAP suka memburukkan rakan boleh menyebabkan hubungan persahabatan menjadi retak. Gambar hiasan


Soalan:

SALAM sejahtera Che Kuntum. Saya Sebastian dari Kuching, Sarawak dan kini belajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Saya mempunyai tiga orang rakan serumah yang belajar dalam jurusan sama di kolej.

Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa dua orang daripada mereka sering bercakap buruk mengenai saya di kolej sedangkan kami rapat dan banyak menghabiskan masa bersama.

Saya berasa sangat kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan mereka lagi.

SEBASTIAN,
Kuching, Sarawak.

Jawapan:

Salam sejahtera Sebastian.

Che Kuntum sarankan anda bersemuka dengan mereka terlebih dahulu. Minta mereka berterus-terang sekiranya terdapat sebarang isu berbangkit antara kalian yang menimbulkan perasaan tidak berpuas hati.

Ambil pendekatan untuk bertindak rasional sewaktu membuat keputusan sementelah kalian juga sudah lama berkenalan.

Rujuk pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk menjadi perantara sekiranya masalah itu terlalu rumit untuk diselesaikan sendiri.

Sikap rasional dan tolak ansur dalam persahabatan akan menjadikan hubungan yang sedia terjalin antara kalian semakin erat.

Process time in ms: 16