AURA JUITA

Set lengkap umrah, haji V’Asia

Set lengkap umrah, haji V’Asia


SET umrah dan haji V’Asia menepati cita rasa dan kehendak para jemaah tidak mengira lelaki mahupun wanita.


BERSESUAIAN dengan musim umrah dan haji pada masa kini, pasti ramai jemaah yang menginginkan set produk ringkas bagi memastikan kelancaran ibadat yang dilakukan.

Menyedari keadaan itu, syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, V’Asia menampilkan set umrah dan haji V’Asia yang menepati citarasa dan kehendak para jemaah tidak mengira lelaki mahupun wanita.

Pengasasnya, Datuk Azril Radzi berkata, set tersebut dilengkapi dengan sabun wajah dan badan, syampu kawalan rambut gugur serta losen tangan dan badan yang memudahkan kaum muslimin serta muslimat dalam urusan penjagaan diri sepanjang menunaikan ibadat.

Katanya, paling penting kesemua set produk tersebut bebas daripada kandungan pewangi, pewarna dan alkohol selain sesuai untuk kegunaan harian mahupun ketika berihram.

“Kandungan utama set umrah dan haji kami adalah diperkaya dengan vitaman E yang bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas dan kerosakan sel serta membantu melambatkan proses penuaan kulit.

“Vitamin E juga berperanan dalam membantu mengatasi masalah kulit seperti parut, jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan kelembapan kulit,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambah Azril, ia amat sesuai diamalkan para jemaah yang pastinya sibuk sepanjang hari dengan amalan ibadat yang mereka lakukan di sana nanti.

“Bagi set wajah dan badan, ia berperanan membersihkan wajah dan tubuh secara mendalam selain membantu menyingkirkan kesan minyak serta kotoran dengan efektif sepanjang hari.

“Syampu kawalan rambut gugur pula berperanan membantu membersihkan rambut hingga akar selain membantu masalah rambut gugur dan menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

“Sementara, bagi set losen tangan dan badan pula, ia berfungsi membantu memelihara kehalusan kulit selain mencegah masalah kulit melecet ketika berihram serta melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran ultra violet (UV),” ujarnya.


PRODUK keluaran V’Asia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.


Jelas Azril, set umrah dan haji ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan para jemaah dengan harganya yang amat berpatutan iaitu RM35 (semenanjung Malaysia) dan RM37 (Sabah dan Sarawak).

Dalam pada itu, V’Asia turut memperkenalkan produk minuman bertenaga dalam bentuk sachet yang dikenali sebagai Platinum Drink Saachet V’Asia yang menghimpunkan 55 jenis buah dan herba terpilih.

Terdapat 30 sachet dalam satu kotak ekslusif Platinum Drink yang berperanan membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

“Kandungan utama minuman ini ialah buah delima yang mana umum tahu ia mengandungi kalium yang berperanan memelihara kesihatan jantung dan zat tanin yang berfungsi melancarkan sistem pencernaan serta agen antioksidan dalam tubuh.

“Selain itu, ia turut menggunakan ekstrak buah acai beri yang merupakan tumbuhan yang sering terdapat di hutan hujan Amazon dan mengandungi pelbagai khasiat untuk memelihara kesihatan seseorang,” jelasnya.

Menurut Azril lagi, bahan-bahan lain yang turut digunakan ialah beri goji, buah prun, manggis, kunyit, kismis, halia bara, tomato, kurma, mengkudu dan banyak lagi.

Tambahnya, pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk keluaran V’Asia kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Platinum Drink dijual pada harga RM90 (Semananjung Malaysia) dan RM95 (Sabah dan Sarawak).

Process time in ms: 31