AURA JUITA

Keenakan rasa kopi asli Sawda Cafe

Keenakan rasa kopi asli Sawda Cafe

KEISTIMEWAAN Sawda Cafe terhasil menerusi gabungan adunan herba yang hebat seperti habbatus sauda dan tongkat ali.


Lambakan produk beraneka kopi dalam pasaran sering kali menjadi isu buat pengguna.

Memandangkan perkembangan pasaran produk kopi yang dilihat meningkat dari tahun ke tahun, tidak hairanlah minuman yang ditawarkan dalam pelbagai bentuk itu mudah diperkembangkan.

Namun begitu, terdapat juga timbunan produk berasaskan kopi yang tidak sesuai dengan kebanyakan selera pengguna. Ia bukan hanya tidak berkualiti, malah, minuman tersebut mengandungi kandungan asid yang kuat sekali gus menyebabkan perut pengguna tidak selesa.

Bagi mereka yang inginkan produk minuman berasaskan kopi berkualiti tinggi, anda boleh mencuba produk keluaran Sawda Coffee Sdn. Bhd., iaitu Sawda Cafe yang cukup menyelerakan.

Pengasasnya, Mustafa Robani berkata, produk minuman kopinya itu sangat menyelerakan dan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan selain selamat untuk dinikmati seisi keluarga.

“Kopi pracampuran Sawda Cafe tidak hanya sedap untuk dinikmati, malah ia juga didatangkan dengan khasiat yang sangat pelbagai sesuai bagi setiap lapisan umur.

“Sawda Cafe juga cukup istimewa kerana ia telah dihasilkan melalui gabungan herba yang hebat seperti habbatus sawda dan tongkat ali yang cukup terkenal dengan khasiat dan sumber tenaga yang mampu dibekalkan kepada pengguna,” katanya ketika ditemui Aura Juita baru-baru.

Katanya, Sawda Cafe juga telah diadun dengan teliti menggunakan biji kopi yang bermutu dan terpilih yang telah diimport dari negara Syria sekali gus menjadikan produk tersebut cukup bermutu tinggi.

Mustafa juga memberitahu, bagi peniaga di luar sana yang ingin memasarkan produk mereka tetapi tiada medium yang teguh, mereka boleh mencuba menjual produk melalui konsortium di bawah kelolaannya iaitu laman web sunnahniaga.org.

“Konsortium ini sesuai bagi peniaga di luar sana yang tidak mempunyai tapak untuk memasarkan produk mereka. Harga yang ditetapkan pula sangat murah iaitu RM299 sahaja bagi setiap 1,000 produk pertama,” katanya yang merupakan pengerusi sunnahniaga.org.

Ujarnya lagi, penyertaan produk melalui konsortium ini adalah merupakan saluran yang sangat baik untuk mereka yang baru memulakan perniagaan selain tidak perlu risau dengan kerugian berskala besar.

Process time in ms: 47