STAILO

Persalinan jubah untuk beribadah

Persalinan jubah untuk beribadah


Perhiasan pada pergelangan tangan jubah ini bertatahkan batu swarovski dan batu emas Korea.


Menjelang Hari Raya Aidilfitri, raikan dahulu bulan Ramadan ini.

Selama sebulan umat Islam dituntut untuk mengerjakan ibadah berpuasa pada siang hari selain ditawarkan kesempatan untuk mengerjakan ibadah solat sunat tarawih waktu malam.

Kesempatan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin kerana setiap ibadah tersebut diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding pada bulan lain.

Justeru, umat Islam diunjurkan untuk memperkasakan lagi amalan mereka termasuk mengamalkan ibadah sunat yang lain.

Pakaian harian

Sempena mengejar keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, tidak salah untuk tampil cantik sambil bergaya ketika beribadah dengan koleksi Jubah Norlina.

Menurut Pengusaha Jubah Norlina, Noor Emylia Roslan, 26, keistimewaan busana Muslimah itu adalah ia merupakan jubah yang dibawa masuk secara eksklusif dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dan Asia Barat.

Selain itu, ia selesa untuk dipakai, terutamanya bagi kegunaan ibadah walaupun ketika itu musim panas.

“Terbitnya idea untuk memasarkan jubah ini ialah apabila ibu sering menggayakan pemakaian jubah sebagai pakaian harian dan semasa keluar bekerja.


Fabrik Royal Nidha, sifon dan satin menjadi taruhan Jubah Norlina.


“Pertanyaan daripada sahabat handai dan kawan-kawan telah mendorong saya dan ibu untuk ke Dubai bagi mencari koleksi baharu dan menjualnya secara runcit.

“Rentetan itu, saya bertekad untuk memilih busana Muslimah sebagai cabang perniagaan sejak tahun 2010 lagi,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sebagai menghayati kunjungan bulan Ramadan ini, Jubah Norlina menampilkan koleksi terbaharu. Memandang tinggi aspek keselesaan pemakai, Noor Emylia menggunakan fabrik yang bersesuaian dengan cuaca di negara ini seperti fabrik royal nida, sifon dan satin.

Biarpun kebanyakan Jubah Norlina hanya bermain dengan tona warna serba hitam, ia tetap tampil eksklusif dan menawan.

Ini kerana daya tarikan busana Muslimah itu terletak pada perincian perhiasan pada bahagian pergelangan tangan dengan bertatahkan batu emas Korea dan swarovski mewah.

Selain itu, setiap persalinan jubah turut disertakan selendang panjang yang mempunyai corak serupa dengan aksesori pada bahagian pergelangan tangan.

Selepas enam tahun berada dalam pasaran, Jubah Norlina diterima baik oleh masyarakat tempatan termasuk Sabah dan Sarawak.

Noor Emylia yakin pasaran untuk jubah keluaran butiknya mampu memenuhi permintaan ramai, terutamanya menjelang musim perayaan.

Jubah Norlina boleh didapati di Tingkat 4, Jakel Mall, Kuala Lumpur atau secara online.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web jubahnorlina.com atau hubungi talian 012-606 0153.

Process time in ms: 16