KESIHATAN

Remaja perempuan lebih tertekan

Remaja perempuan lebih tertekan

REMAJA perempuan lebih mudah tertekan semasa usia remaja berbanding remaja lelaki. GAMBAR HIASAN


KAJIAN terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Hospital Kanak-kanak Pittsburgh, Amerika Syarikat mendapati, lebih ramai remaja perempuan yang mengalami masalah tekanan perasaan berbanding lelaki.

Mereka juga lebih cenderung mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan dan berterusan.

Ketua penyelidik yang juga merupakan seorang pakar psikologi, Alyson Cohen berkata, remaja perempuan lebih tertekan pada usia tersebut dan gemar meluahkan perasaan mereka berbanding remaja lelaki.

"Peratus remaja perempuan yang tertekan adalah 36 peratus, manakala remaja lelaki pula sebanyak 14 peratus.

"Hal ini kerana pada usia tersebut, remaja perempuan berdepan dengan pelbagai isu yang menyebabkan mereka menjadi marah serta mudah menangis.

"Bagaimanapun, lelaki lebih tertekan pada usia 20-an kerana mereka mula rasa terbeban dengan banyak komitmen pada usia tersebut berbanding perempuan," ujarnya.

Process time in ms: 31