AURA JUITA

Produk bumiputera berkualiti Petua Herba

Produk bumiputera berkualiti Petua Herba


Khairilaziry menunjukkan Jus Iqmah Rerama yang turut mengandungi khasiat daun rerama.


Jenama Petua Herba keluaran syarikat bumiputera, Megah Herba (M) Sdn. Bhd. menawarkan dua seleksi produk kesihatan kepada pengguna iaitu Jus Iqmah Rerama dan Minyak Aromaterapi Prozendi.

Pengarah Urusannya, Khairil Aziry Wahid berkata, kedua-dua produk tersebut dirumus menggunakan bahan-bahan terpilih yang dipercayai mengandungi khasiat untuk pengguna.

Katanya, bagi Jus Iqmah Rerama, ia yang merupakan produk terbaharu mereka telah mula dijual di pasaran tempatan sejak Jun tahun lalu.

“Kami menggunakan daun rerama yang dipercayai mempunyai kesan positif kepada bahagian dalaman pengguna. Selain daun rerama, tidak ketinggalan adalah pengunaan makanan sunah seperti madu, delima, kurma dan habbatus sauda.

“Jus Iqmah Rerama juga mendapat khasiatnya daripada tumbuhan herba tempatan yang digunakan sejak dahulu kala seperti lempoyang, halia bara, temu lawak dan lain-lain,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Khairil Aziry, penggunaan semua bahan tersebut turut menjadikan suplemen kesihatan itu sesuai diamalkan oleh orang ramai yang sentiasa berasa lesu dan letih.

“Ia boleh digunakan oleh semua golongan pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita. Bagi golongan hawa, Jus Iqmah Rerama sesuai digunakan sekiranya mereka mempunyai masalah kewanitaan.

“Produk itu dijual pada harga RM145 dan pengguna akan diberikan produk Stevia yang berharga RM45 secara percuma,” katanya.

Mengulas tentang Minyak Aromaterapi Prozendi (Prozendi) pula, beliau memberitahu, ia boleh digunakan oleh semua golongan pengguna tanpa mengira peringkat usia mereka.

Khairil Aziry berkata, antara kegunaan produk yang menggunakan slogan Berdiri Di Atas Kaki Sendiri itu boleh digunakan bagi mengurangkan rasa lesu pada otot pengguna setelah penat bekerja seharian.

“Prozendi dibuat daripada bahan semula jadi dan halal sepenuhnya. Pengguna dapat melihat sendiri di dalam tiap-tiap botol produk tersebut akar kayu, daun dukung anak, bunga cengkih dan akar pegaga.

“Ia yang berbau harum serta memberikan kesegaran berpanjangan kepada si pemakai boleh digunakan pengguna sebelum mereka menjalankan aktiviti seperti bersukan,” katanya yang turut memberitahu produk itu dijual dengan harga RM68.

Dalam pada itu, seorang lagi Pengarah Urusan Petua Herba, Nurzarina Zakaria berkata, produk Petua Herba sudah berada di pasaran antarabangsa apabila ia kini boleh dibeli di negara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

Selain itu, menurut beliau, mereka juga sedang merancang untuk melebarkan sayap ke pasaran negara Timur Tengah selain dalam proses penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan produk baharu.

“Sasaran kami pada tahun ini juga adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan lelaki dan wanita di bawah jenama Petua Herba,” katanya.

Process time in ms: 31