AURA JUITA

Jus Nusantara pelengkap rutin kesihatan

Jus Nusantara pelengkap rutin kesihatan


Maziah (kiri) menunjukkan produk Jus Nusantara yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.


BULAN Ramadan pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu bagi umat Islam di seluruh negara. Ia adalah kerana inilah masa dan peluang yang hanya tiba sekali dalam setahun untuk menggandakan amal ibadat masing-masing.

Namun bagi melaksanakan amal ibadat sepanjang Ramadan, semestinya itu semua memerlukan tenaga berterusan bagi memastikan aktiviti harian seperti beban tugasan tidak terganggu dan dapat berjalan dengan lancar.

Menyedari perkara tersebut, syarikat penghasil dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan, Almas Beauty and Health Sdn. Bhd. (Almas) menawarkan Jus Nusantara yang sememangnya cukup terkenal dengan keistimewaan kandungan khasiatnya lebih-lebih lagi andai diambil pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed berkata, Jus Nusantara dihasilkan menggunakan bahan yang berkualiti bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna yang mengamalkannya.

Sesuai untuk pengambilan harian, Jus Nusantara dapat membekalkan pelbagai nutrisi kebaikan yang diperlukan hasil daripada formulasi terkini daripada ramuan-ramuan terpilih dan berkhasiat.

“Jus Nusantara dihasilkan menggunakan bahan-bahan terpilih antaranya habbatus sauda, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam.

“Selain itu, ia juga mengandungi herba seperti halia bara, cekur dan halba yang mana kesemuanya adalah herba tempatan yang terbukti keberkesanannya sejak turun-temurun serta diamalkan oleh nenek moyang kita,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Sehubungan itu, Maziah berkata, orang ramai tidak perlu gusar untuk menjalani ibadat sepanjang Ramadan kerana produk yang amat popular di pasaran tersebut boleh membantu meningkatkan tahap tenaga mereka.

“Produk kami yang menggunakan herba-herba tradisional berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah turut diakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain dibuat sepenuhnya oleh bumiputera.

“Justeru, gunakanlah produk kami tanpa was-was dan sebarang keraguan,” ujarnya.

Tambahnya, jus keluaran syarikatnya itu mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk diambil warga kota masa kini yang kurang mendapat sumber makanan sihat terutama pada bulan yang penuh mencabar keimanan ini.

Katanya, Jus Nusantara memang amat terkenal untuk orang ramai yang inginkan kesihatan mereka berada pada tahap optimum khususnya bagi menjalani hari-hari sibuk ketika bekerja.

“Diformulasikan daripada bahan-bahan berkhasiat seperti buah delima, madu, kurma, habbatus sauda dan temu lawak, Jus Nusantara dapat membantu orang ramai untuk mengekalkan tahap kesihatan yang diingini.

“Jus itu juga sesuai untuk diambil bagi mereka yang mempunyai masalah kelesuan, sesuai bagi orang ramai yang kerap berasa letih walaupun tidak menggunakan kuantiti tenaga yang banyak dalam menjalani aktiviti harian,” ujarnya.

Tambah Maziah, pengguna boleh mendapatkan Jus Nusantara pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak. Jus Nusantara juga boleh didapati dalam Pek Kembara.

Katanya, Pek Kembara Jus Nusantara dijual pada harga RM118 di Semenanjung Malaysia dan RM128 bagi Sabah dan Sarawak.

Pengguna juga tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 019-212 2005, 019-278 2005 dan 03-6021 4007 atau melayari laman web www.almas.com.my.

Process time in ms: 31