AURA JUITA

Khasiat berguna Pearl White Fiber, Cur-V Shake

Khasiat berguna Pearl White Fiber, Cur-V Shake

Setiap pembelian Pearl White Fiber dan Cur-V Shake akan diberikan balang pembancuh percuma.


Corak pemakanan boleh menjadi faktor penentu kepada tahap kesihatan seseorang individu. Ia sama ada boleh menyumbang kepada tubuh yang sihat atau menyebabkan mereka mendapat penyakit.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, ia lebih-lebih lagi apabila umat Islam kini sedang mengharungi bulan Ramadan yang membuatkan corak pemakanan harian mereka berubah.

Katanya, pelbagai juadah yang menarik di sepanjang bulan Ramadan sering dijadikan alasan segelintir masyarakat untuk tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

“Apabila mereka tidak menjaga pemakanan, ia berkemungkinan mengundang pelbagai jenis penyakit yang menjejaskan kualiti hidup mereka. Bagi orang ramai yang ingin menjaga tahap kesihatan masing-masing, Jamu Jelita mempunyai dua produk yang boleh dimanfaatkan pengguna.

“Satu daripadanya ialah Pearl White Fiber yang dirumus menggunakan pelbagai bahan berkualiti tinggi dan dipercayai mengandungi khasiat berguna kepada tubuh,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti Maryam berkata, minuman kesihatan tersebut diperbuat daripada garnician cambogia yang turut dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai asam gelugor.

Menurutnya lagi, sinonim dengan masakan Melayu sejak zaman-berzaman, garnician cambogia mengandungi asid hidrosisitrik yang membantu mengurangkan nafsu makan selain mengandungi serat larut dari psylium husk untuk membantu melancarkan pelawasan, sekali gus mengeluarkan lendiran dan minyak di dalam usus.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jamu Jelita turut menghasilkan Pearl White Cur-V Shake yang diformulasikan daripada hasil kajian serta penelitian yang dijalankan oleh pakar pemakanan dan nutrisi bertauliah.

Menurut beliau, produk berkenaan mengandungi khasiat berguna bagi orang ramai yang ingin mendapatkan berat badan ideal tanpa bergantung kepada produk kesihatan yang diragui bahannya.

“Ramuan utama Cur-V Shake ialah biji chia (chia seed) yang mana ia mengandungi trytophan iaitu sejenis asid amino yang membantu dalam memberikan rasa kenyang sekali gus membantu mengawal nafsu makan pengguna.

“Bagi pengguna yang mahu kesan lebih optimum, disarankan untuk mengamalkan Cur-V Shake sebagai menu sahur pada Ramadan kali ini,” katanya yang turut memberitahu produk tersebut boleh digunakan bersama-sama dengan Pearl White Fiber.

Tambah Siti Maryam, pengguna cuma perlu menggoncang dua sudu Cur-V Shake dalam penggoncang minuman dan mengamalkannyabersama segelas air setiap kali waktu sahur.

“Bagi Pearl White Fiber pula, pengguna boleh mengamalkannya dalam kuantiti yang sama dengan Cur-V Shake dan meminumnya 15 minit selepas berbuka. Kedua-dua produk dijual pada harga RM38.90 di Semenanjung Malaysia dan RM40.90 (Sabah dan Sarawak).

“Pengguna tidak perlu bimbang menggunakan produk keluaran kami kerana ia telah mendapat pengkelasan makanan daripada Kementerian Kesihatan serta diiktiraf sebagai Super Health Brand,” katanya.

Process time in ms: 62