AURA JUITA

Jus Nusantara, Charisma Phyto Stemcell penuh khasiat

Jus Nusantara, Charisma Phyto Stemcell penuh khasiat



Penjagaan kesihatan ketika bulan Ramadan merupakan satu daripada aspek yang penting bagi seorang Muslim. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk tujuan tersebut dan satu daripadanya adalah dengan mengamalkan suplemen kesihatan.

Antara produk yang boleh diamalkan oleh pengguna sepanjang bulan Ramadan ialah Jus Nusantara keluaran syarikat Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. (Almas).

Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed berkata, produk kebanggaan syarikatnya itu mengandungi pelbagai khasiat yang pastinya memberi manfaat kepada pengguna.

“Jus Nusantara mendapat khasiat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan formulasi yang kami gunakan dalam penghasilannya.

“Saya percaya bahawa formulasi produk tersebut yang menggabungkan penggunaan makanan sunah seperti madu, kurma dan buah delima menjadikan produk itu penuh dengan khasiat,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Beliau berkata, selain makanan sunah, Jus Nusantara juga dirumus menggunakan tumbuhan herba tempatan yang dipercayai mengandungi pelbagai khasiat berguna sejak turun-temurun.

Maziah memberitahu, antara tumbuhan herba yang digunakan tersebut ialah temu lawak, halia bara, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam.


Maziah menunjukkan dua produk utama Almas, Charisma Phyto Stemcell (kiri) dan Jus Qasih Sayang yang mendapat permintaan tinggi pengguna.


“Pengguna boleh mendapatkan Jus Nusantara pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak,” katanya yang turut memberitahu, Jus Nusantara juga boleh didapati dalam Pek Kembara.

Katanya, Pek Kembara Jus Nusantara dijual pada harga RM RM118 di Semenanjung Malaysia dan RM128 (Sabah dan Sarawak)).

Dalam pada itu, beliau berkata, golongan wanita di negara ini juga boleh menggunakan satu lagi produk keluaran Almas iaitu Charisma Phyto Stemcell.

Jelas beliau, Charisma Phyto Stemcell mempunyai pelbagai khasiat yang berguna bagi golongan tersebut, sekali gus membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria.

“Antara khasiat produk berkenaan ialah ia dipercayai dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit mati.

“Bukan itu sahaja, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh dimanfaatkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi,” katanya.

Ujar beliau, Charisma Phyto Stemcell yang turut sesuai digunakan oleh kaum lelaki dijual pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 (Sabah dan Sarawak).

Tambah beliau, pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Process time in ms: 31