TERKINI

Penyokong Pahang mula bergerak ke Shah Alam

Penyokong Pahang mula bergerak ke Shah Alam

20/05/2017 10:50am


Para penyokong Pahang dari Kuantan memulakan perjalanan menaiki bas menuju ke Shah Alam pukul 10 pagi tadi.


KUANTAN - Rombongan para penyokong Pahang di sini memulakan perjalanan menuju Stadium Shah Alam, Selangor pada pukul 10 pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan final Piala FA 2017.

Seramai 600 penyokong dari daerah ini bergerak ke Shah Alam dengan menaiki 15 buah bas dan bilangan mereka akan bertambah apabila kumpulan tersebut singgah di daerah-daerah lain di sepanjang perjalanan.

Kira-kira 65,500 penyokong Pahang dan Kedah akan membanjiri Stadium Shah Alam bagi aksi perebutan gelaran juara Piala FA 2017 yang dijadualkan di Stadium Shah Alam pada pukul 9 malam ini. - K! ONLINE

Process time in ms: 31