SUKAN

Pelumba MotoGP pamer solidariti

Pelumba MotoGP pamer solidariti


ROSSI (tiga dari kanan) bersama rakan-rakan pelumba MotoGP meluahkan simpati di atas kemalangan yang menimpa Hayden.


ROM – Pasukan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Red Bull Honda mengesahkan keadaan pelumba utama, Nicky Hayden semakin kritikal susulan kemalangan ngeri yang menimpanya ketika menjalani latihan menggunakan basikal di Misano, Itali kelmarin.

Sebagai rekod, penunggang Amerika Syarikat yang juga bekas juara MotoGP itu dilanggar sebuah kereta sebelum dikejarkan ke Hospital Maurizio Bufalini, Cesena ekoran kecederaan di bahagian dada dan kepala.

Menurut jurucakap hospital, keadaan pelumba berusia 35 tahun itu masih kritikal dan terpaksa diberi rawatan rapi selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian otak.

“Dia masih lagi belum dapat sedarkan diri. Laporan lanjut tidak dapat didedahkan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, beberapa pelumba MotoGP yang bakal berlumba dalam saingan Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans minggu ini telah meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Hayden.

Jaguh pasukan Movistar Yamaha, Valentino Rossi bertindak sebagai jurucakap enam pelumba yang hadir mengakui sangat terkejut mendengar berita tersebut.

“Ia adalah perkara yang sukar dijangka. Secara jujur, saya telah berhubung dengan beberapa rakan dan doktor di sana (Itali) dan menjelaskan situasi yang berlaku.

“Pada awalnya agak pahit untuk diterima meman­dangkan Nicky (Hayden) merupakan bakat yang terbaik selain pernah bergelar juara dunia di peringkat tertinggi. Saya pasti semua pelumba di sini mendoakan supaya dia kembali pulih sepenuhnya,” kata Rossi. – Agensi

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47