SUKAN

Pahang tidak tertekan

Pahang tidak tertekan


MATTHEW (kanan) bersalaman dengan Khairul Helmi selepas sidang akhbar final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam semalam.


KETUA pasukan Pahang, Matt­hew Davies mengakui tidak tertekan meskipun menggalas tanggungjawab besar dalam misi membantu pasukannya menamatkan kemarau trofi hampir tiga tahun, sekali gus mengembalikan ‘status’ skuad gergasi Malaysia.

Sebagai rekod, kali terakhir pasukan Tok Gajah menjulang trofi adalah ketika dibim­bing Zainal Abidin Hassan pada musim 2014 yang mana mereka muncul juara Piala FA dan Piala Malaysia.

Namun Davies enggan menjadikan tugas selaku ­kapten yang diserahkan oleh pe­ngendali Pahang, Dollah Salleh sebagai beban, malah percaya tugas tersebut sebagai motivasi buatnya untuk meraih trofi pertama dalam karier bola sepak.

“Ini merupakan kali pertama saya menjadi ketua pasukan pada perlawanan akhir. Saya akui agak berdebar tetapi dalam masa yang sama tetap gembira kerana ini juga merupakan kali pertama dalam karier melangkah ke perlawanan akhir.

“Walaupun masih muda, saya sudah bersama pasukan ini sejak 2015 dan boleh digelar salah seorang pemain senior. Jadi, saya akui layak menggalas tugas kapten.

“Saya jamin rakan-rakan sepasukan juga akan berjuang sepenuh tenaga untuk membawa pulang trofi ini semula ke Pahang,” kata pemain berusia 22 tahun itu pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam.

Sementara itu, Davies juga percaya pengalamannya beraksi di peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan dengan beberapa­ pemain Kedah seperti Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon akan menjadi tonik terbaik bagi merantai pergerakan mereka nanti.

“Saya mengetahui corak per­mainan kedua-dua pemain tersebut khususnya helah Syazwan. Cuma, saya tidak mahu terlalu menumpukan beberapa nama sahaja kerana Kedah turut memiliki pemain import berkualiti seperti Liridon (Krasniqi) dan Sandro (da Silva).

“Segalanya bergantung dengan arahan jurulatih (Dollah) dan saya pasti dia mempunyai strategi,” kata pemain kelahiran Australia itu lagi.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31