NEGARA

Cipta rekod berbasikal 3,000 kilometer

Cipta rekod berbasikal 3,000 kilometer


WAN HASHIM (berdiri depan lima dari kanan) bergambar bersama ahli keluarganya sebaik tiba di Kota Bharu selepas mengayuh basikal sejauh 3,000 kilometer selama 43 hari.


KOTA BHARU – Seorang warga emas dinobatkan sebagai pengayuh basikal tertua oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menamatkan cabaran kayuhan sejauh 3,000 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand semalam.

Wan Hashim Wan Mahmood, 72, dinobatkan sebagai Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia sebaik dia tiba di sini selepas mengayuh basikal selama 43 hari dengan diiringi wakil media Kelantan, Shahuri Awang, 31, yang mewakili Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).

Pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBOR, Nurasyikin Ramli kepada Wan Hashim yang mesra dengan panggilan Pak Wan untuk kayuhan yang dinamakan Kembara 3,000 Kilometer Pak Wan.

Pak Wan dan Shahuri memulakan kayuhan pada 8 April lalu dari Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Tumpat sebelum memasuki Takbai, Thailand.

Mereka kemudian menuju ke Padang Besar, Perlis-Alor Setar-Pulau Pinang-Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban-Tanjung Piai-Singapura-Bukit Tinggi-Mersing-Kuantan-Kuala Terengganu sebelum kembali semula ke Kota Bharu.

Menurut Wan Hashim, misi kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat berban­ding kayuhannya yang terdahulu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 62