NEGARA

Kerabat Diraja Johor maut nahas

Kerabat Diraja Johor maut nahas


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Myvi yang dinaiki Tunku Amal Jakiah dan anaknya selepas terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran susur keluar ke Danga City Mall, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang Kerabat Diraja Johor terbunuh apabila kereta Perodua Myvi dinaiki bersama anaknya terlibat dalam satu kemala­ngan Jalan Lingkaran Dalam berhampiran susur keluar ke Danga City Mall di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, mangsa, Tunku Amal Jakiah Tunku Muhammad Archibald (gambar kecil), 58, yang merupakan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kece­deraan parah pada badan.

Pemandu kereta Perodua Myvi yang merupakan anak perempuannya berusia 22 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Tunku Amal Jakiah merupakan dua pupu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan dari pusat bandar melalui jalan berkenaan menuju ke arah Skudai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31