NEGARA

Maut jatuh tingkat 12 PPR

Maut jatuh tingkat 12 PPR


Anggota polis menjalankan siasatan suspek kes samun dan rogol ditemui mati selepas cuba melarikan diri daripada serbuan polis di PPR Seri Semarak, Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung kes samun dan rogol seorang pekerja wanita di sebuah kafe siber di Puchong pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari sebuah rumah di tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya di sini kelmarin yang diserbu polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang melakukan serbuan kira-kira pukul 10.10 malam di sebuah rumah di PPR ber­kenaan selepas menerima maklumat.

“Pasukan serbuan telah mengetuk pintu rumah PPR itu beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai anggota polis, namun tiada sebarang respon daripada penghuni sebelum bertindak memotong mangga serta memecahkan pintu.

“Seorang lelaki dan wanita warga tempatan didapati berada di ruang tamu rumah itu sebelum pasukan serbuan terdengar bunyi barang-barang terjatuh dari bahagian dapur dan pemeriksaan mendapati, seorang lelaki yang merupakan suspek dikehendaki sedang cuba melarikan diri dengan bergayut di jeriji bahagian luar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 47