NEGARA

Bantuan kewangan kepada NGO

Bantuan kewangan kepada NGO


KERAJAAN menggalakkan kewujudan lebih banyak NGO untuk melaksanakan program kebajikan bagi membantu golongon kurang berkemampuan atau mangsa bencana. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan amat menghargai usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu masyarakat kurang berkemampuan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Perdana Menteri berkata, untuk itu kerajaan bersedia meng­hulurkan bantuan kewangan atau infrastruktur kepada NGO serta pertubuhan sukarelawan di negara ini.

“Pertubuhan sukarelawan yang berdaftar boleh memohon bantuan kewangan dalam bentuk geran melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti geran pentadbiran, rangsum, pembaikan dan elaun khas murid orang kurang upaya.

“Kerajaan juga ada menyediakan bantuan khas kewangan diagihkan kepada NGO bagi tujuan pelaksa­naan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Badan sukarelawan yang berdaftar juga boleh memohon untuk pengecualian cukai,” katanya dalam catatan blog www.najibrazak.com semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31