NEGARA

Hanya Perlis boleh tanam harumanis

Hanya Perlis boleh tanam harumanis

KELAZATAN isi harumanis menyebabkan ia diburu ramai penggemar mangga sehingga melonjakkan harganya mencecah RM40 sekilogram.


ARAU – Kerajaan negeri Perlis tidak bersetuju dengan cadangan supaya pokok mempelam harumanis ditanam secara besar-besaran di negeri-negeri lain.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, cadangan itu ditolak kerana harumanis merupakan hak eksklusif Perlis dan kebanyakan rakyat ne­geri Indera Kaya­ngan menjana pendapatan dengan menanam pokok mempelam tersebut.

“Saya membantah kerana harumanis me­rupakan satu-satu­nya hak eksklusif Perlis.

“Jika nak ditanam sepokok dua tidak mengapa tetapi menanamnya secara ladang untuk dikomersialkan, kita memang tidak setuju,” katanya selepas pelancaran Fiesta Mangga @ Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Ulu Pauh dan Pelepasan Konvoi Kembara Harumanis Perlis ke Putrajaya dan Klang di Medan Gerai GBBS Ulu Pauh, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 78