HIBURAN

Pengakhiran tragis Chris Cornell

Pengakhiran tragis Chris Cornell


INILAH rakaman terakhir Cornell beberapa jam sebelum dia ditemui mati. Beliau sempat menghiburkan peminatnya bersama band Soundgarden di Fox Theater di Detroit.


Ditemui mati dengan cara menggantung diri bukanlah satu pengakhiran yang diinginkan oleh penggemar tegar antara pejuang awal muzik grunge, Chris Cornell. Sementelah, beliau ditemui mati hanya selepas beberapa jam menghiburkan peminat Soundgarden di Fox Theater di Detroit, Amerika Syarikat sempena konsert jelajah band berkenaan yang bermula bulan lalu.

Tentulah, kematian mengejut tersebut meninggalkan seribu misteri buat semua khalayak yang pernah mengenali Cornell dalam kedua-dua band yang dianggotainya iaitu Soundgarden dan Audioslave.

Berita kematian lelaki berusia 52 tahun itu disambut dengan pelbagai emosi duka. Bagi peminat wanita, Cornell disifatkan sebagai ‘kekasih zaman muda’ yang telah memanah hati mereka dengan karisma dan persembahannya. Bagi penggemar lelaki pula, beliau boleh dimasukkan dalam kategori idola yang mendorong mereka jatuh cinta kepada muzik grunge selain tampil dengan imej seperti Cornell.

Ketika ditemui, penyanyi itu terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik air Hotel MGM Grand Detroit. Bagaimanapun beliau disahkan mati oleh pasukan perubatan yang bergegas ke tempat kejadian. Pemeriksaan mendapati penyanyi yang mempunyai masalah ketagihan dadah itu mati akibat menggantung dirinya sendiri, namun laporan perubatan penuh tentang punca utama kematiannya masih belum dikeluarkan.

Ironinya, Cornell telah mendendangkan lagu berjudul In My Time Of Dying (pada saat saya akan mati) nyanyian asal oleh band Led Zeppelin sebelum beliaumeragut nyawanya sendiri.

“Tiada yang pelik dan berbeza ketika beliau membuat persembahan pada malam Rabu lalu, malah persembahannya cukup hebat dan lengkap dengan lagu tambahan. Pemergiannya satu kehilangan yang besar,” tulis seorang peminatnya kepada CNN.

‘Jalan kematian’ Cornell sebenarnya hampir serupa dengan dua figura yang menghidupkan genre grunge seperti beliau. Mereka juga merupakan teman dan memberi inspirasi dalam kariernya. Cornell dilihat seperti mengikut jejak rakan-rakannya seperti Kurt Cobain (vokalis Nirvana) yang mati dirumahnya di Seattle pada tahun 1994 kerana membunuh diri dan Layne Staley penyanyi asal band Alice In Chain, mati kerana pengambilan dadah secara berlebihan pada 2002.

Dalam satu temu bual berkenaan masalah ketagihan dadah dan alkohol serta impaknya terhadap kematian rakan-rakannya, Cornell menyatakan kekesalandan satu kerugian kehilangan insan tersayang pada usia muda.


BAND Soundgarden yang dianggotai Cornell pernah dibubarkan pada tahun 1997 sebelum kembali bersama pada 2010.


“Saya telah kehilangan ramai rakan yang berbakat dan memberi inspirasi pada usia yang muda. Mereka semua muda dan mempunyai potensi yang begitucerah dalam kehidupan dan kerjaya,” ujar Cornell kepada majalah Rolling Stone pada tahun 2015.

Cornell memula kerjaya sebagai penyanyi rock di Seattle dengan menubuhkan band Soundgarden pada tahun 1984 yang cukup berpengaruh sekitar 1990-an.

Legasi

Kejayaan tidak datang sekelip mata, sebaliknya band Soundgarden hanya menempa populariti selepas album keempat mereka berjudul Superunknown yang dikeluarkan pada tahun 1994 tercalon dalam Anugerah Grammy untuk kategori Album Rock Terbaik.

Lagu popular daripada album Superunknown yang berjudul Black Hole Sun telah memenangi kategori Persembahan Hard Rock Terbaik dan lagu Spoonman terpilih sebagai Persembahan Metal Terbaik dalam Anugerah Grammy pada tahun 1995.

Band berkenaan bagaimanapun dibubarkan pada tahun 1997 dan Cornell meneruskan kerjaya seni dengan band Audioslave yang ditubuhkan bersama bekas ahli band Rage Against The Machine pada 2001. Selain itu, beliau juga pernah menghasilkan lima buah album solo.

Kemudian, pada tahun 2010, Cornell kembali muncul bersama band Soundgarden mengadakan persembahan pada festival muzik.

Kata Cornell dalam satu temu bual sebelum ini: “Pembubaran Soundgarden bukan sesuatu yang serius, tetapi hanya waktu untuk kami berehat.”

Pemergian Cornell bukan sahaja meninggalkan isteri, Vicky Cornell dan tiga orang anak mereka iaitu Toni, 12, Christopher, 11 dan Lillian Jean, 16, tetapi juga legasi muzik yang tidak akan pudar.

Penyanyi terkenal Elton John berkata, dia cukup terkejut dan sedih dengan berita kehilangan Cornell.

“Dia seorang penyanyi dan penulis lagu yang hebat serta lelaki penyayang,” kata Elton.

Sementara itu, pemain gitar band Led Zeppelin, Jimmy Page berkata: “Damailah Chris Cornell. Seorang yang sangat berbakat, muda dan sentiasa dirindui.”

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 47