TERKINI

APMM berkas 17 awak-awak Thailand, seorang tekong tempatan

APMM berkas 17 awak-awak Thailand, seorang tekong tempatan

19/05/2017 10:07pm




KUALA TERENGGANU - Seorang tekong warga tempatan dan 17 awak-awak warga Thailand diberkas ketika menangkap ikan di lokasi yang kurang daripada 12 batu nautika dari perairan Kuala Dungun di sini, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Terengganu, Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata, mereka yang ditahan kira-kira 1.40 pagi tadi, menaiki sebuah bot tempatan kelas C yang disyaki melanggar syarat sah lesen.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bot itu, yang didaftarkan di Terengganu, disyaki menjalankan aktiviti berkenaan dalam jarak tiga batu nautika.

"Syarat yang dibenarkan bagi bot kelas C ialah 12 batu nautika ke atas dan ini melanggar syarat sah lesen," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mereka yang berusia di antara 25 hingga 57 tahun kini ditahan di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dan Akta Imigresen 1959/63. - Bernama

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31