TERKINI

Air Terjun Gunung Pulai 1 ditutup akibat jangkitan kencing tikus

Air Terjun Gunung Pulai 1 ditutup akibat jangkitan kencing tikus

19/05/2017 9:16pm




JOHOR BAHRU - Air Terjun Gunung Pulai 1 di Kulai akan ditutup selama dua minggu mulai hari ini hingga 1 Jun susulan kematian seorang lelaki akibat kencing tikus malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, penutupan adalah disebabkan persekitaran yang kotor dan membolehkan penyiasatan lanjut dilakukan.

"Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengarahkan supaya air terjun berkenaan ditutup selama dua minggu mulai 5 petang ini. Sampel air terjun itu telah diambil, namun keputusan sampel air itu belum diperoleh," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan Johor supaya mewartakan Gunung Pulai 1 sebagai Taman Negara Johor bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sekali gus menangani masalah persekitaran yang kotor.

Beliau sehubungan itu menasihati pengunjung air terjun atau pusat reakreasi lain sekitar bulan lepas dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan atau hospital, terutama yang mengalami sakit perut, selesema, demam dan lemah anggota badan. - Bernama

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31