TERKINI

Hati-hati emel palsu –TNB

Hati-hati emel palsu –TNB

19/05/2017 8:50pm




KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan satu emel, kononnya daripada TNB, yang menyatakan penerimanya adalah pemenang wang tunai RM150,000 daripada syarikat itu.

TNB dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kandungan emel yang sama pernah dihantar sekitar 2015, dan ia adalah emel palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat peribadi.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membalas atau mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali," tambah kenyataan itu.

Menurutnya lagi, sebarang maklumat tambahan boleh diperoleh dengan menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454. - Bernama

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31