TERKINI

Hamzah akan bertemu pihak Shell mengenai caj lebih tinggi bagi petrol

Hamzah akan bertemu pihak Shell mengenai caj lebih tinggi bagi petrol

19/05/2017 7:29pm




SEPANG - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan bertemu pihak pengurusan Shell pada Isnin berhubung laporan pengguna dikenakan caj RM4.09 bagi seliter petrol di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau berkata, pertemuan akan diadakan di kementerian bagi membolehkan Shell mengemukakan surat tunjuk sebab dan membuktikan masalah teknikal yang didakwa punca perkara itu berlaku.

Kementerian juga akan mengadakan siasatan sendiri bagi menentukan ia berpunca daripada masalah teknikal atau sengaja dilakukan.

"Walaupun Shell mengaku ia adalah masalah teknikal dan meminta maaf, saya masih mahu mereka datang dan membuktikan ia adalah masalah teknikal. Kesilapan adalah kesilapan.

"Kita tidak menerima banyak aduan, namun satu aduan sudah cukup bagi kita untuk menyiasat," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31