TERKINI

KPDNKK perlu tingkat kawalan di sempadan bendung penyeludupan minyak masak

KPDNKK perlu tingkat kawalan di sempadan bendung penyeludupan minyak masak

19/05/2017 7:27pm




MACHANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi membendung penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kegiatan penyeludupan minyak masak sering berlaku berikutan permintaan yang tinggi di negara jiran.

"Akibatnya rakyat negeri ini sukar mendapatkan bahan itu termasuk bagi keperluan sepanjang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program jualan langsung minyak masak daripada kilang dengan kerjasama KPDNKK Kelantan di pasar tani di sini, hari ini.

Pada program berkenaan, lima tan minyak masak dijual kepada orang ramai dengan harga RM2.50 sekilogram sebagai usaha mengatasi kemungkinan berlaku kekurangan bekalan bahan tersebut pada bulan Ramadan yang akan bermula hujung bulan ini.

Ahmad Jazlan yang juga Anggota Parlimen Machang kesal kerana terdapat segelintir rakyat negeri ini sanggup bersekongkol dengan penyeludup di kawasan sempadan tanpa memikirkan bantuan subsidi yang banyak mengalir ke negara jiran. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 4812