TERKINI

PPIM wujudkan Biro Undang-Undang

PPIM wujudkan Biro Undang-Undang

19/05/2017 10:21pm


Nadzim ( dua dari kiri ) dan Hishamuddin ( kanan ) ketika melancarkan Biro Undang-Undang PPIM di sin hari ini.


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (Kagum) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.

Kagum yang dibentuk dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO), mempunyai seramai 25 peguam terlatih dan 100 peguam sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pembentukan biro berkenaan dibuat berikutan banyak kes penipuan sejak kebelakangan ini, yang lebih menjurus kepada berbentuk perjanjian dan pelaburan.

“Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu akan terus melakukan kegiatan itu kerana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

“Kami menubuhkan Kagum untuk membantu pengguna menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum perkara lebih buruk berlaku,” katanya ketika majlis pelancaran tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, ada pengguna yang menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail kes siasatan yang tinggi, malah ada yang lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu.

“Kami akan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna yang memerlukan, saya jamin kadar upah yang dikenakan oleh pihak kami ini adalah yang paling minima.

“Sehingga kini, terdapat 30 kes penipuan termasuk pelaburan saham dan masalah pinjaman telah diterima oleh biro ini dan kami akan cuba menyelesaikan kes-kes ini secepat mungkin,” jelasnya.

Turut hadir, Setiausaha Agung Kagum, Hishamuddin Hashim. Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat daripada KAGUM boleh hubungi talian 011-11181000. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. – Gambar hiasan

Process time in ms: 46