TERKINI

Kastam rampas minuman keras bernilai RM56,803 di Lahad Datu

Kastam rampas minuman keras bernilai RM56,803 di Lahad Datu

19/05/2017 5:21pm




LAHAD DATU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 11,688 tin minuman keras tidak berbayar cukai bernilai RM56,803 yang diseludup di Jalan Silam di sini kelmarin.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, rampasan tersebut dilakukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Hino seberat tiga tan yang terbabas ketika menuruni bukit di jalan terbabit pada pukul 4 petang.

Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori berkenaan mereka menemui sejumlah katon minum keras jenama 'Burge Meester' yang dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.

"Kita percaya sebanyak 11,688 tin minuman keras yang ditemui itu diseludup dari negara jiran.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut giat dijalankan bagi mengesan pemandu yang melarikan diri sebaik sahaja lori yang dipandunya terbabas di bahu jalan,” katanya pada hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 63