TERKINI

Dua lelaki tempatan ditahan seludup PATI di Tawau

Dua lelaki tempatan ditahan seludup PATI di Tawau

19/05/2017 4:24pm


Antara PATI yang ditahan selepas cuba diseludup oleh dua lelaki semalam.


TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) daerah Tawau menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan di kawasan Pantai Batu 6, Jalan Apas di sini semalam.

Pihak PPM menahan suspek masing-masing berumur 48 dan 52 tahun pada pukul 8.20 malam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superitendan Mohd. Nazri Ibrahim berkata, semasa serbuan dijalankan pihaknya menemui dua buah kenderaan jenis Proton Exora dan Proton Saga LMST dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan mendapati seramai 16 PATI warga Indonesia berumur antara 10 hingga 50 tahun berada di dalam dua buah kenderaan tersebut.

“Kesemua PATI juga ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan dan perjalanan diri yang sah,” katanya hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 62