TERKINI

KDN laksana 'pembersihan' di seluruh agensi penguatkuasaan - TPM

KDN laksana 'pembersihan' di seluruh agensi penguatkuasaan - TPM

19/05/2017 3:36pm


Ahmad Zahid ketika program Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri "Sehati Negaraku Malaysia" di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam hari ini


SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan tindakan 'pembersihan' secara menyeluruh terhadap anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan di bawahnya yang terlibat dengan jenayah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu akan dilakukan setiap waktu dan tidak bermusim.

"Kita harus bersiap siaga setiap masa kerana ada dalam kalangan kita yang ada sifat tidak baik hingga 'merosakkan susu sebelanga'.

"Dan saya tidak mahu keadaan itu berlaku di mana-mana agensi jabatan penguatkuasaan di bawah KDN dan kementerian lain juga," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata perkembangan itu turut dipantau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui maklumat yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi lain.

Timbalan Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa KDN tidak akan melindungi mana-mana anggota atau pegawai dalam agensi penguatkuasaan yang bersekongkol dengan sindiket jenayah. - Bernama

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31