TERKINI

Miliki rokok seludup, dua lelaki didenda RM68,000

Miliki rokok seludup, dua lelaki didenda RM68,000

19/05/2017 3:14pm


Muhammad Faisal (kiri) dan M. Jamil ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini.


SEREMBAN - Dua lelaki masing-masing didenda RM45,000 dan RM23,000 oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas setiap mereka mengaku bersalah memiliki dan mengangkut pelbagai jenis rokok kretek dan rokok putih yang dilarang import.

Tertuduh, M. Jamil Amin, 54, dan Muhammad Faisal, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman dan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Berdasarkan pertuduhan, M. Jamil didakwa memiliki 1,980 paketrokok putih dan kretek pelbagai jenama, bernilai RM3,081.60 di sebuah rumahdi Taman Dusun Setia di Seremban pada pukul 11.30 pagi, 15 Mei lalu.

Sementara itu, Muhammad Faisal, seorang warga Indonesia didakwaterlibat mengangkut1,300 paketrokokputih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM2,285.60 menggunakan kereta jenis Proton Wira di bahu jalan PersiaranDato Wan di Seremban pada pukul5.40 petang, 15 Mei 2015.

Pegawai PendakwaJabatan KastamDiRaja Malaysia, Amirul SyafiqMahadi mengemukakan pendakwaan ke atas M. Jamil mengikut Seksyen135(1)(d) AktaKastam1967 yang memperuntukkandendasehingga 20 kali nilai barangataupenjaratiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad pula didakwa mengikut Seksyen135 (1)(e)akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih 20 kali nilai barangatau penjara tiga tahunatau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31