TERKINI

Pemandu maut kereta langgar pokok

Pemandu maut kereta langgar pokok

19/05/2017 10:54am


Keadaan kereta yang dipandu mangsa remuk teruk selepas melanggar sebatang pokok awal pagi tadi.


KOTA KINABALU - Seorang pemandu maut apabila kenderaan jenis Proton Saga FLX  yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi Jalan Coastal berdekatan Sutera Harbour di sini awal pagi tadi.

Mangsa Amiljon Musid, 40, (gambar kecil) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang yang duduk di bahagian depan pula cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, mangsa dari bandar raya Kota Kinabalu dalam perjalanan menuju ke Kepayan dekat sini.

"Sebaik sahaja tiba di Jalan Coastal berdekatan Sutera Harbour, tiba-tiba kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok di pembahagi jalan terbabit.

"Mangsa yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang lelaki yang duduk di bahagian depan pula cedera parah pada bahu kanan," katanya sebentar tadi.

Tambah Chandra, pemandu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kedua-dua mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Agenda berbuka, bertarawih di masjid

ORANG ramai boleh merasai pengalaman berbuka puasa bersama pelancong di Masjid Putra, Putrajaya.

Varia!»

CJ Wow Shop penuhi keperluan pengguna

Yang HYUN (tiga dari kanan) bersama barisan penaja menunjukkan hadiah utama selepas melancarkan kempen jualan Serikan Ramadan dan Raya Bersama Wow di Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31