NEGARA

Nenek, menantu didakwa dera cucu

Nenek, menantu didakwa dera cucu




JOHOR BAHRU – Seorang wanita bersama menantu lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera seorang remaja perempuan sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Noor Azaizah Badang, 55, dan Maswandi Omar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Noor Azaizah merupakan nenek kepada mangsa manakala Maswandi adalah bapa saudara kepada remaja itu.

Mengikut pertuduhan, Noor Azaizah dan Maswandi didakwa melakukan penganiayaan terhadap mangsa sejak gadis itu berusia 13 tahun sehingga umurnya 20 tahun dengan menyebabkan kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini antara tahun 2010 hingga Mei 2017.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32