NEGARA

Bantu golongan miskin bandar

Bantu golongan miskin bandar




PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan miskin bandar melibatkan pelbagai kementerian melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kemiskinan Bandar yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) di sini semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam satu kenyataan semalam berkata, jawatankuasa tersebut berbincang bagi mencari kaedah terbaik dalam menangani isu kos sara hidup rakyat khususnya berkaitan kemiskinan bandar secara bersepadu.

“Program bantuan makanan itu akan melibatkan kerjasama dengan pasar raya besar bagi menyediakan bekalan makanan sejuk beku kepada golongan miskin tegar bandar.

“Program makanan telah dimasak pada harga berpatutan untuk pelajar pula akan dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya di bandar-bandar besar,” kata kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 32