NEGARA

PTVM mohon maaf kepada PM

PTVM mohon maaf kepada PM


David (kanan) dan Mat Over bersalaman selepas insiden yang memalukan melibatkan mereka berdua berlaku pada Dialog Transformasi Nasional 2050 Bersama Perdana Menteri ‘Segmen Penggiat Seni’ #tn50seni di Seri Perdana, Putrajaya malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran insiden ahlinya, David Teo yang dilihat biadab pada Dialog Transformasi Nasional 2050 di Seri Perdana, Putrajaya malam kelmarin.

Presidennya, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, kejadian ahlinya itu ditampar oleh pelakon Mat Over atau nama sebenarnya, Sulaiman Yassin itu amat memalukan dan tidak harus berlaku dalam dialog tersebut.

“Kami (PTVM) ingin memohon maaf bagi pihak David kerana yakin beliau tidak berniat untuk bersikap biadab atau merosakkan majlis.

“Kejadian memalukan ini tidak sepatutnya berlaku. Kami me­minta maaf bagi pihak David dan Mat Over,” kata Jurey dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 31