DUNIA

China pasang pelancar roket di Kepulauan Spratly

China pasang pelancar roket di Kepulauan Spratly


REUTERS - GAMBAR fail bertarikh 21 Mei 2015 menunjukkan Terumbu Fiery Cross yang diduduki China di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan.


BEIJING China menempatkan pelancar roket di sebuah terumbu karang yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan untuk mengusir penyelam tentera Vietnam, lapor akhbar rasmi Beijing.

Akhbar Defence Times melaporkan kelmarin dalam akaun WeChatnya bahawa pelancar roket Norinco CS/AR-1 55 milimeter yang berupaya mengesan dan menyerang penyelam musuh telah ditempatkan di Terumbu Fiery Cross, Kepulauan Spratly.

Terumbu Fiery Cross ditadbir oleh China tetapi turut dituntut oleh Filipina, Vietnam dan Taiwan.

Akhbar Defence Times tidak menyatakan bila sistem pertahanan itu dipasang tetapi melaporkan bahawa ia sebahagian daripada tindak balas China yang bermula pada Mei 2014 apabila penyelam-penyelam Vietnam memasang sejumlah besar pukat di Kepulauan Paracel.

China melakukan projek menambak laut secara besar-besaran di Terumbu Fiery Cross untuk membina sebuah lapangan terbang.

Terumbu itu merupakan antara beberapa pulau yang dikuasai Beijing di Laut China Selatan.

China sebelum ini menyatakan bahawa penempatan kemudahan ketenteraan di pulau-pulau yang dikuasainya di Laut China Selatan terhad kepada keperluan pertahanan.

Dagangan global bernilai lebih AS$5 trilion (RM21.6 trilion) dagangan global melalui Laut China Selatan pada setiap tahun.

Selain China, laut itu turut dituntut oleh Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan. Reuters

Rencana Utama!»

Jual lebih 300 pinggan mi sotong sehari

Trak makanan digunakan untuk mengangkut barangan dari rumah ke restoran dan menghantar tempahan makanan kepada pelanggan.

Stailo!»

Elemen fesyen dalam bidang hiasan dalaman

Delicado (tiga dari kanan) ketika melancarkan koleksi Baia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Varia!»

Peka perubahan sikap anak-anak elak dibuli

KAUNSELING perlu dilakukan untuk memulihkan semangat mangsa buli agar mereka lebih berkeyakinan. Gambar hiasan

Process time in ms: 31