VARIA

Variasi corak Pedilanthus

Variasi corak Pedilanthus


Pedilanthus perlu diandam kemas untuk penampilan yang menarik.


Spesies daripada genus tumbuhan Pedilanthus kebanyakannya merupakan tumbuhan jenis sukulen.

Maksudnya, pokok tersebut mengandungi air yang banyak terutamanya pada bahagian batang dan daun.

Daun-daunnya tumbuh cantik terutama bagi jenis kacukan yang mempunyai banyak gabungan warna menarik seperti hijau muda, hijau tua, hijau keputihan dan hijau kemerahan.

Tumbuhan jenis ini tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae.

Terdapat beberapa nama gelaran untuk pokok Pedilanthus seperti Devil’s backbone atau tulang belakang hantu.

Nama tersebut merujuk kepada ciri pertumbuhan daun pada bahagian batang yang berbentuk seperti tulang belakang.

Selain itu, tumbuhan tersebut juga dikenali dengan nama gelaran Zebra plant atau pokok kuda belang yang merujuk kepada corak pada daun yang seakan-akan kuda belang.

Ia juga digelar Zigzag plant atau pokok bengkang-bengkok kerana merujuk pada bentuk batangnya yang membengkok pada setiap hujung daun.

Namun, nama tempatannya pula ialah pokok lelipan kerana ciri pertumbuhan daun pada batangnya yang juga berbentuk seperti seekor lipan.

Contohnya, spesies Pedilanthus tithymaloides ‘Nana’ memiliki daun berbentuk kecil dan panjang dengan warna hijau tua yang tumbuh di kiri dan kanan tangkainya.

Tumbuhan Pedilanthus dikatakan berasal dari Amerika Tengah.

Terdapat spesies asli iaitu Pedilanthus tithymaloides yang berdaun hijau tua tanpa sebarang corak.

Begitupun, terdapat beberapa spesies kacukan yang berdaun lebih cantik daripada spesies aslinya.

Contohnya seperti spesies Pedilanthus tithymaloides ‘Variegatus’ yang berdaun lebih besar daripada spesies asli dengan warna hijau muda bercorak kemerahan.

Bagi spesies Pedilanthus tithymaloides ‘Albino’, ia mempunyai corak dan warna pada bahagian atas daun seakan-akan albino.

Ia mempunyai warna putih yang lebih dominan berbanding hijau.

Pembiakan dan penanaman:


Gunakan baja cecair atau organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan daun yang cantik.


Ia mudah dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang atau hujung batang berdaun.

Tumbuhan Pedilanthus sesuai ditanam di dalam medium tanaman yang bersaliran baik iaitu air siraman mudah mengalir keluar dan mempunyai banyak bahan organik.

Campuran yang disyorkan ialah 3:2:1 (Tanah gembur:bahan Organik:Pasir sungai).

Penjagaan:

1Ia sesuai tumbuh di tempat yang terdapat banyak cahaya matahari terutama untuk spesies berdaun dengan corak yang cantik dan menarik.

2Siram bila perlu pada hari panas serta semburkan daunnya dengan air bagi mengekalkan kelembapan.

Biarkan medium tanaman kering sebelum menyiramnya semula kerana ia juga tahan kekeringan pada medium tanamannya.

Jangan lakukan siraman air pada hari hujan jika pokok terdedah terus kepada titisan air hujan.

3Disyorkan anda menggunakan baja cecair atau baja garam larutan berwarna hijau atau baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan daun yang cantik.

Awas jika menggunakan baja biji kerana ia boleh melecurkan bahagian pokok yang terkena baja tersebut.

Idea pameran:

1Tanam dalam pasu yang cantik dan ia perlulah diandam kemas untuk penampilan yang lebih menarik.

2Ia juga sesuai ditanam di tanah untuk membentuk rumpun yang cantik dan menarik

3Spesies Pedilanthus tithymaloides ‘Variegatus’ mempunyai ciri pertumbuhan dengan ranting-rantingnya boleh berjuntai ke bawah pasu tanaman yang tinggi.

Selain itu, ia cantik untuk ditanam dalam pasu gantung.

Tip:

1. Potong batang dan daun layu atau mati agar kelihatan lebih kemas dan menarik.

2. Batangnya mengeluarkan getah putih apabila dipotong dan dikatakan beracun jika tertelan.

Letak label sebagai tanaman beracun dan tanam jauh daripada kawasan lalu-lalang.

Rencana Utama!»

Orang-Orang Drum Theatre pilihan juri

AKSI pasukan Orang-Orang Drum Theatre berjaya memukau barisan juri sehingga dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Stailo!»

Perlahankan bisnes sempena Ramadan

Bidang fesyen mula diceburi oleh Sharifah Shawati pada awal tahun 2016.

Varia!»

Jasa Jalan Persekutuan

JALAN PERSEKUTUAN dibina pada tahun 1880 menjadi tulang belakang sebagai jalan alternatif. sistem rangkaian jalan raya di negara ini sebelum terbinanya lebuh raya.

Process time in ms: 47