TERKINI

Impian Sarawak ke separuh akhir Piala FA terkubur

Impian Sarawak ke separuh akhir Piala FA terkubur

21/04/2017 11:37pm


Pemain Sarawak, Mateo Roskam (9) diasak pertahanan Terengganu ketika perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Negeri Petra Jaya malam ini.


KUCHING - Impian Sarawak untuk melangkah ke aksi separuh akhir Piala FA terkubur selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti 1-4 kepada Terengganu dalam perlawanan suku akhir di Stadium Negeri di sini sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir kedua tadi, Sarawak seri 1-1 dengan Terengganu hingga tamat perlawanan dan menjadikan agregat 2-2.

Sepanjang perlawanan itu, pasukan tuan rumah dilihat berjaya mendominasi permainan sehingga tamat 90 minit.

Biarpun menguasai 10 minit pertama, namun 5,000 penyokong tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Issey Farran Morgan Nakajima untuk meletakkan Terengganu 1-0 di hadapan.

Sarawak kemudiannya bertindak memperkemas aksi dengan melancarkan banyak serangan ke benteng pertahanan lawan, namun gagal menyempurnakan himpunan peluang yang terhidang.

Memasuki babak kedua, Sarawak terus mencipta rentak permainan memberangsangkan hingga kerap merobek kubu pertahanan Terengganu.

Namun, peluang demi peluang yang terhidang berakhir tanpa sebarang jaringan hingga memasuki 10 minit terakhir perlawanan.

Bagaimanapun, kombinasi jentera serangan dan bahagian tengah skuad Ngap Sayot akhirnya membuka jaringan hasil rembatan cantik Demerson Bruno Costa untuk Sarawak mengikat kedudukan 1-1.

Keputusan seri 1-1 itu membawa kepada penentuan masa tambahan.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol penamat yang akhirnya mengheret aksi berkenaan ke penentuan sepakan penalti.

Pemain Sarawak gagal menyempurnakan peluang itu dan kalah 1-4. -K! ONLINE

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 47