TERKINI

Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia masih dibincang

Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia masih dibincang

21/04/2017 11:12pm


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat bagi pemegang pasport Malaysia masih dibincangkan, kata Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Tenggara di Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Patrick Murphy.

"Malaysia sedang berusaha bagi memenuhi sesetengah keperluan (yang ditetapkan Jabatan Negara Amerika Syarikat) dan ia boleh dibincangkan di masa depan," katanya dalam kenyataan sebagai respons kepada soalan Bernama mengenai status program itu yang telah dibincangkan selama dua tahun.

Isu ini menjadi keprihatinan dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin melawat Amerika Syarikat susulan larangan perjalanan oleh pentadbiran baharu di bawah Presiden Donald Trump, yang pihak tersebut khuatir larangan itu juga termasuk negara lain.

Dilaporkan Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyertai program pengecualian visa itu semasa perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika ketika itu Barack Obama semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada April 2014.

Menerusi program itu, rakyat Malaysia boleh memasuki dan menetap di Amerika Syarikat tanpa visa bagi tempoh maksimum 90 hari untuk melakukan urusan pelancongan dan perniagaan. - Bernama

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 16