TERKINI

Ketua jurulatih Harimau Malaya diumum tidak lama lagi

Ketua jurulatih Harimau Malaya diumum tidak lama lagi

21/04/2017 8:14pm


Tunku Ismail


JOHOR BAHRU - Nama ketua jurulatih skuad bola sepak negara yang baharu akan diumumkan dalam masa yang terdekat, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurutnya, satu pertemuan dengan 'individu berpotensi' itu diadakan hari ini untuk melihat kesesuaiannya melatih skuad Harimau Malaya.

"Buat masa ini, saya sedang dalam perbincangan dengannya. Saya tidak hendak dedahkan (siapa)," katanya dalam sidang akhbar selepas perjumpaan dengan anggota gabungan FAM mengenai perlepasan pemain untuk temasya Sukan SEA pada Ogos ini dan kejohanan bawah 22 tahun Piala AFC di Bangkok, Thailand.

Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor sebelum ini menamakan bekas ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Mario Gomez sebagai pengendali Harimau Malaya bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Bagaimanpun, Gomez menolak tawaran berkenaan kerana dikatakan mahu gaji yang lebih tinggi. - Bernama

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 46