TERKINI

31 kemalangan di sekolah dalam tempoh lima tahun - Niosh

31 kemalangan di sekolah dalam tempoh lima tahun - Niosh

21/04/2017 8:11pm


Gambar hiasan.


SANDAKAN - Sebanyak 31 kemalangan di sekolah telah berlaku di negara ini dalam tempoh lima tahun lepas termasuk kematian pelajar akibat ditimpa tiang gol dan kipas siling.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, insiden lain termasuk kes pelajar terdedah kepada bahan kimia merbahaya serta merkuri di makmal sekolah.

Beliau percaya jumlah sebenar kemalangan di sekolah lebih tinggi kerana ada sekolah yang tidak membuat laporan kerana menganggap kes terbabit agak kecil.

"Insiden sebegini boleh dielakkan jika semua sekolah mengamalkan budaya KKP yang baik dan melakukan audit keselamatan dengan kerap seperti yang dianjurkan oleh Niosh," katanya pada majlis pelancaran program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati di sini hari ini. - Bernama

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31